Teori Kamal Hatta: Dr Dzulkefly beri alasan bodoh, Task Force Covid-19 Selangor gagal

Apa nak jadi dengan Task Force Covid-19 Selangor ni bai? Ada ketua task force ni Dr Dzulkefly Ahmad boleh beri alasan tak dapat kerjasama KKM dengan tak mendapat maklumat data berkaitan.

Ok, dia nak main politik lagi. Kita semua tau Selangor diperintah oleh PH. Tapi kenapa Negeri Sembilan yang jugak diperintah oleh PH masih boleh melaporkan maklumat terkini harian Covid-19. Adakah kerajaan Selangor memang tak ada hubungan antara kerajaan dengan kerajaan hal penting begini atau Dr Dzulkefly ni memang seorang yang gagal mengendali dan memimpin task force?

Alasan dia beri sangat bodoh. Memang bermotif politik. Nak cover sangat kegagalan task force yang dia dipertanggungjawabkan.

Kau orang tengok angka kes positif harian Covid-19 Selangor untuk tempoh seminggu mencanak naik. Aku tunjuk kau orang kes positifositif Covid-19 harian Selangor sejak 23 Januari 2021;
Petunjuk: tarikh-kes positif-(kes harian kebangsaan)-peratusan kes harian Selangor

23.1.21: 1421 (4275) 33.2%
24.1.21: 950 (3346) 28.4%
25.1.21: 1035 (3048) 34%
26.1.21: 1295 (3585) 36.1%
27.1.21: 822 (3680) 22.3%
28.1.21: 1577 (4094) 38.5%
29.1.21: 3126 (5725) 54.6%
30.1.21: 3285 (5728) 57.4%
31.1.21: 2460 (5298) 46.4%

Negeri-negeri lain tak ada pun task force khas seperti Selangor tapi masih berjalan lancar laporan harian. Tak timbul aduan politik seperti Dr Dzulkefly Ahmad. Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tak pulak menyebut masalah seperti dibisingkan oleh Dr Dzulkefly. Dua-dua negeri PH jugak.

Come on Dr Dzulkefly, berhenti main politik dengan alasan tak profesional. Kau tu bekas Menteri Kesihatan, mustahil kau tak ada komunikasi dengan KKM dalam hal profesional begini. Sudah-sudahlah main politik.

Task Force Covid-19 Selangor dah gagal di bawah kau. Baik suruh Amirudin Shari je yang lead task force ni. Lebih bermaruah letak jawatan. Kau kata kerajaan Perikatan Nasional gagal mengatasi dan menguruskan penularan wabak Covid-19, kegagalan paling besar sedang berlaku di Selangor. Apakah itu salah kerajaan Persekutuan jugak ke sedangkan Selangor ada task force khas untuk Covid-19?

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI beliau adalah aktivis dan Reformis 98.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: