Dua maut kereta terbabas sebelum terjunam ke dalam Tasik Biru

KUALA LUMPUR, 31 Jan — Dua individu yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita maut setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam Tasik Biru di Jalan Kampung Setia, Batu Arang di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 6.10 petang yang memaklumkan insiden itu dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata laporan awal yang diterima membabitkan kemalangan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik.

“Kedua-dua mayat mangsa ditemukan pada kira-kira 8 malam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Polis mengenal pasti identiti dua lelaki yang terlibat dalam kemalangan maut, selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam Tasik Biru di Jalan Kampung Setia, Batu Arang di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Faizal Abu Hassan, 43, merupakan seorang pesara polis dan Chong Kha Mun, 35 tahun, yang mana siasatan polis mendapati kedua-dua mereka berjiran, berdasarkan kepada alamat terakhir yang diperolehi pihaknya. Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: