Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan terima penganugerahan gelaran Datuk

1 Februari, KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini menerima penganugerahan gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Pingat Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.

YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan untuk mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 335 penerima pada 1 Februari 2021 sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Tahun ini, seramai enam (6) individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Pertama iaitu Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.), 24 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Kedua iaitu Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.), 81 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga iaitu
Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) yang membawa gelaran Datuk.

Seterusnya, 49 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Keempat
iaitu Johan Mahkota Wilayah (J.M.W.), 76 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Kelima iaitu Kesatria Mahkota Wilayah (K.M.W.), 31 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Keenam iaitu Ahli Mahkota Wilayah (A.M.W.) dan 68 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Ketujuh iaitu Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W.).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: