Polis buka kertas siasatan terhadap Anwar, beberapa individu- HAMZAH ZAINUDDIN

2 Februari 2021, PUTRAJAYA: Polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan 13 laporan polis dibuat di seluruh negara ke atas Ketua Pembangkang itu kerana didakwa menghasut dan mengancam keselamatan serta ketenteraman negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia termasuk beberapa individu lain yang dilaporkan menentang Pengisytiharan Darurat itu dan mendesak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membatalkannya.

“Bukan hanya Anwar seorang, malah beberapa orang lagi kita siasat,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Anwar mencadangkan agar semua ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan Seri Paduka membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR mendakwa, beliau sudah menghantar surat kepada semua ahli Parlimen supaya berbuat demikian dalam kadar segera.

Rentetan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis terhadap beliau kerana dipercayai melakukan hasutan kepada ahli Parlimen supaya menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong itu. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: