Jendela: Lebih banyak kawasan luar bandar dijangka nikmati akses internet

KUALA LUMPUR, 4 Feb — Pelaksanaan Jalinan Digital Negara (Jendela), yang dijangka selesai menjelang 2025, akan memastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada Internet dengan ketersambungan dan liputan digital yang lebih baik.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata menjelang 2025, rakyat di kawasan terpencil sekurang-kurangnya akan mendapat akses kepada Internet manakala mereka yang berada di luar bandar dijangka menikmati rangkaian mudah alih 4G dan akses Internet.

“Impak (di kawasan berbeza) mungkin tidak sama namun poin utamanya ialah semua orang akan mendapat akses kepada Internet,” katanya ketika menjadi tetamu program Bernama TV iaitu ‘The Nation’ hari ini.

Beliau berkata bagi tahun ini, MCMC menyasarkan untuk memasang sambungan gentian di kira-kira 1.2 juta sambungan premis dan kediaman.

Katanya agensi itu turut melancarkan liputan 4G di 1,661 lokasi bukan komersial di luar bandar dan 937 lokasi lain dalam kawasan komersial di seluruh negara.

Kerajaan telah mengumumkan pembentukan Jendela pada Ogos tahun lepas bagi menambah baik ketersambungan digital negara dan menetapkan asas negara bagi teknologi 5G.

Dasar ini akan menjadi sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-12 yang akan bermula dari tahun 2021 hingga 2025.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: