RM1.2 juta naik taraf infrastruktur kawasan MPKj.

5 Februari, KAJANG: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1.2 juta bagi inisiatif pembinaan dan menaik taraf kawasan komuniti, ruang perniagaan dan tarikan pelancongan setempat bagi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hari ini.

Pengumuman peruntukan tersebut dibuat semasa mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang merupakan sebahagian daripada siri lawatan Menteri KPKT ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Datuk Hajah Zuraida telah diberi taklimat mengenai perkembangan terkini pelaksanaan inisiatif di bawah MPKj termasuk pelaksanaan projek pembangunan, infrastruktur, pelancongan dan juga rekreasi.

Antara projek yang terlibat dalam kelulusan peruntukan berjumlah RM1.2 juta ini melibatkan projek membaik pulih bumbung di Dewan Komuniti Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, pembinaan gerai perniagaan baru yang rosak akibat kebakaran di Taman Perkasa, Hulu Langat dan projek menaiktaraf kemudahan rekreasi di Bukit Broga, Hulu Langat.

Dalam sesi tersebut Datuk Hajah Zuraida turut mengingatkan PBT untuk terus berdaya dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: