PKN Pandan edar sumbangan, raikan masyarakat Cina menjelang CNY

6 Februari, PANDAN: Sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini bakal disambut secara tertutup berikutan PKP disambung bermula 5 hingga 14 Februari 2021.

Penggerak Komuniti Negara (PKN) Pandan hari ini telah menyampaikan sumbangan limau mandarin dan bungkusan cenderahati CNY secara serahan ‘drive-thru’ di Pasar Pagi Pandan Indah, DUN Teratai.

“Walau dalam serba kesukaran akibat PKP Covid19, matlamat kami ialah mahu melihat semua warga Pandan tetap gembira meraikan CNY kali ini, kata Pengerusi PKN Pandan, Zakaria Abdul Rahim.

Zakaria Abdul Rahim (kanan)

“Program dijalankan dalam suasana kawalan SOP yang ketat dibawah pengawasan PDRM. Terima kasih kepada IPD Ampang Jaya yang telah memberi kerjasama.” tambah Zakaria lagi.

Selain daripada itu, PKN Pandan turut menyampaikan sumbangan hamper CNY kepada beberapa warga emas dan kurang mampu. Kerjasama daripada Ibupejabat Polis Daerah Ampang Jaya membantu kawalan trafik dan pematuhan SOP.

“Saya menasihatkan masyarakat agar terus menjaga kesihatan diri dengan duduk di rumah, bersederhana dalam pergerakan dan berbelanja agar semua kekal sihat sepanajang perayaan. Hanya kesihatan yang baik mampu memberikan manusia bahagia dan sentiasa gembira.” kata Zakaria lagi yang turut mengetuai program pagi ini. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: