Membawang Akhir Zaman: Batu api politik dalang petisyen ke atas Finas

FINAS sekali lagi diuji polemik terbaharu dengan beberapa persatuan perfileman, namun kali ini ia dapat dihidu sebagai ‘usaha gelap politik’ yang menjadi batu api menggerakkan petisyien ke atas Pengerusi dan CEO Finas. Kesian brader Zakaria, asyik kena kecam je.

MAZ diberitahu oleh kawan-kawan mulut kepoh, wujud usaha terancang memutuskan komunikasi dua hala antara Finas dan para penggiat perfileman terlibat agar ‘konflik terancang’ ini berterusan sehingga mencapai tahap kerosakan total kepada Finas. Wah!

Namun apakah usaha gelap ini tidak diketahui langsung oleh Finas?

Kawan-kawan mulut kepoh MAZ kata lagi, Pengerusi FINAS brader Zakaria sendiri tidak menghalang persatuan-persatuan terlibat menghantar petisyien ke atas beliau, malah itu dianggap sebagai hak mereka mencari kebenaran bagi memperjuangkan mata pencarian rezeki masing-masing.

Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid

Usaha terbaharu itu dipercayai didalangi kumpulan minoriti tertentu yang mempunyai agenda tersendiri, cuba memporak-perandakan industri disebabkan perubahan dasar Finas.

Langkah Finas memulakan inisiatif kebajikan membantu artis-artis seni tanahair samada uzur terlantar sakit, hilang upaya sumber pendapatan, tiada pemilikan kediaman sendiri adalah perubahan drastik yang mengejutkan. Segelintir kelompok melihat ia sebagai ‘langkah kecil yang dikedepankan’. Macam-macam hal gelagat orang ni, MAZ pun peliklah. Buat baik pun orang benci.

Namun begitu usahasama pada penghujung tahun 2020 lalu antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah berjaya merealisasikan membantu golongan artis lama mendapatkan kediaman mampu milik. Ia suatu usaha kebajikan yang tidak pernah dijalankan sewaktu pemerintahan terdahulu.

Itu belum lagi gerakan prihatin turun padang melawat artis-artis seni yang keuzuran.

Memang benar Finas selaku agensi bertanggungjawab khusus kepada industri perfileman perlu melakukan anjakan besar bagi membuka pasaran baru yang luas untuk industri, agar ia menjadi berdaya saing serta menjana pendapatan lumayan kepada ekonomi negara dan para penggiat seni tanahair sebagaimana industri perfileman di Indonesia, Thailand atau Bollywood.

Ia sangat idealistik untuk dicadangkan tetapi realiti perlaksanaan perlu melalui langkah-langkah perubahan yang strategik.

Kedudukan Pengerusi FINAS, Brader Zakaria yang merupakan orang politik tidak begitu disenangi kerana ‘meragut kedudukan’ warga seni yang difikirkan lebih relevan memandu arah tuju Finas. Akan tetapi pengerusi terdahulu yang dilantik daripada orang seni juga gagal melaksanakan anjakan yang diperlukan. Isu-isu sama tetap menjadi sungutan, rungutan dan kecaman lantaran kegagalan itu. Kena kecam lagi kau brader, MAZ rasa ramai yang suka kat Brader Zakaria ni….

Yang ni paling best MAZ dapat tau. Khabar angin bertiup kencang, Hans Isaac dan sahabatnya, Aflin Shauky ingin terlibat dalam politik menjadi calon PRU-15 nanti. Hans diwar-warkan bakal bertanding di Ampang manakala Aflin ingin melawan Azmin Ali di Bukit Antarabangsa. Wow…baik punya cilok ni. Atau geng ahlong Bukit Beruntung!

Suntikan dana sejumlah RM89.2 juta telah diumumkan oleh Menteri KKMM YB Dato’ Saifuddin Abdullah pada 5 Febuari lepas bagi membantu industri kreatif Malaysia termasuk sektor perfileman.

Ia bukan memberi dana secara rambang tetapi pihak KKMM sendiri mempunyai agensi-agensi bertanggungjawab mengendalikan secara khusus, agar semua pihak terlibat mendapat manfaat. Itulah matlamat utama kerajaan membantu industri kreatif negara.

Finas sendiri mempunyai ‘exco-exco’ yang diberikan potfolio masing-masing bagi mempertingkatkan tahap pengurusan, latihan-latihan dan teknologi.

Untuk rekod, tahun 2020 Finas membuka 139 kerja kepada penerbit.

Hujung bulan jni pula akan dibuka 60 tawaran kerja lagi. Ia diberikan kepada penerbit-penerbit yang berlainan. Secara langsung langkah ini akan menghalang berlakunya monopoli tender-tender kerja yang menjadi amalan sebelum ini.

Setiap penerbit boleh memperolehi satu kerja dalam tempoh dua tahun. Ia akan membantu peluang banyak pihak dan bukan lagi dimonopoli oleh sesebuah syarikat.

Pedoman yang harus dipegang adalah, tiap sesuatu kejayaan perlu meniti tangga cabaran dan kepayahan tetapi langkah memusnahkan kejayaan itu lebih mudah dibuat seperti air yang meluncur turun dari bukit.

MAZ harap semua hal ni selesai. Mesti Finas pun tak mau gaduh dengan dengan persatuan-persatuan terlibat. Akan ada langkah komunikasi untuk jernihkan keadaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: