Syor kaedah efektif urus sisa pepejal di Pulau Pangkor-Menteri KPKT

7 Februari, PANGKOR: Suatu kaedah yang lebih efektif bagi menguruskan sisa pepejal dan sampah di Pulau Pangkor diperlukan pada masa depan.

“Kita mengesyorkan Alam Flora untuk memikirkan suatu kaedah pengurusan sisa buangan dan sampah yang lebih menjimatkan wang secara efektif di Pulau Pangkor tanpa perlu mengeluarkan kos tidak efektif menghantar keluar sisa buangan dan sampah ke tanah besar di Perak.” kata YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin semasa tinjauan tapak Insinerator Pulau Pangkor, Perak hari ini.

“Ia bukan sekadar melibatkan pengurusan sampah domestik tetapi sampah dan sisa buangan daripada sektor pembinaan yang berlangsung di dalam pulau.” tambah beliau lagi.

Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini ke Insinerator Pulau Pangkor bagi urusan kerja rasmi bersama Alam Flora Environmental Solution (AFES) untuk melihat kemudahan ‘Centre of Excellence’ (COE) yang telah siap dibina pada tahun 2020.

Ia adalah satu-satunya insinerator yang menggunakan teknologi COE di Malaysia untuk melatih tenaga kerja, prkongsian ilmu serta pembangunan teknologi insinerasi tempatan.

“Walaupun negeri Perak tidak menandatangani Akta 672, tetapi kerajaan Persekutuan tetap membantu pengurusan sisa buangan dan sampah negeri.

Diharap kerajaan negeri Perak dapat menandatangani Akta 672 bagi memudahkan kita terus membantu negeri Perak untuk ‘master plan’ pengurusan sampah seluruh Perak.” kata Datuk Hajah Zuraida lagi. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: