Kerjasama PeKT Petaling Jaya-Bomba Laksana Operasi Sanitasi Cegah Covid-19 di PPR Lembah Subang
Seiring dengan Dasar Komuniti Negara dan usaha semasa kerajaan menanggani wabak Covid-19, Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Petaling Jaya telah menjalinkan usahasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya melaksanakan operasi sanitasi di PPR Lembah Subang.
Operasi sanitasi yang dijalankan pada 3-4 Februari lepas bertujuan membantu usaha kerajaan memutuskan rantaian wabak Covid-19 di PPR Lembah Subang.
Usahama ini dipelopori oleh Ketua Wanita Penggerak Komuniti Negara (PKN) Petaling Jaya yang juga PeKT Petaling Jaya, Nor Hasliza Omar.






Operasi sanitasi dua hari tersebut turut disertai oleh Pengerusi PKN Petaling Jaya, Ridzuan Basri dan wakil-wakil Persatuan Penduduk Lembah Subang 1 serta jawatankuasa PKN Petaling Jaya.
Kerjasama dan komunikasi antara agensi kerajaan dan masyarakat dapat diperkasakan melalui usahasama begini. Penglibatan persatuan penduduk dengan dibantu oleh ahli-ahli PeKT akan melancarkan penyampaian maklumat semasa norma-norma baru seiring Dasar Komuniti Negara. _PPI