Kajian rintis enam bulan sedang dilaksana, mantapkan sistem pelupusan kereta terbiar
Satu kajian rintis selama enam bulan akan dilaksana bagi memantapkan sistem pengurusan pelupusan kereta terbiar dan mencari kaedah pelaksanaan terbaik bagi Pihak Berkuasa Tempatan, PBT melupuskan kereta usang.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, sebagai permulaan kajian rintis itu akan melibatkan lima PBT.
Setakat ini ujarnya tiga PBT telah dipilih iaitu Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Klang manakala selebihnya sedang dikenal pasti.
Tambah beliau, kaedah pelupusan kereta usang yang baik diperlukan bagi mengurangkan perbelanjaan PBT.
