Kilang stor bawang terbakar di Taman Medan
10 Februari, TAMAN MEDAN: Sebuah kilang simpanan bawang di kawasan perindustrian ringan PJS 3, Taman Medan terbakar petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3:30 petang. Asap hitam menjulang naik kesan api marak kerana angin bertiup kuat ketika kebakaran bermula.
Kebakaran itu juga telah menyebabkan tiga buah kereta yang diletakkan dalam kawasan parkir apartment bersebelahan kilang turut musnah terbakar disambar api.
Empat jentera Bomba dan Penyelamat Malaysia Petaling Jaya membantu memadam dan mengawal kebakaran._PPI





