Inovasi Bomba elak tong gas meletup

PASIR PUTEH – Pasukan ‘White Sand Warriors’ dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh memperkenalkan inovasi bagi mencegah berlakunya kebakaran dan letupan di dapur akibat kebocoran pada tong gas petroleum cecair (LPG) ketika memasak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, produk yang dikenali SR LPG Gas itu mampu mengesan dan menutup kebocoran pada tong gas dengan cepat hanya menggunakan telefon pintar.

“Kebiasaannya, kebocoran gas akan berlaku apabila pengguna terlupa untuk menutup dapur ketika memasak.

“Apabila alat ini dipasang pada tong gas sebarang kebocoran yang berlaku akan segera dikesan di mana satu mesej akan terus dihantar kepada pengguna untuk memaklumkan perkara tersebut,” katanya

Menurutnya, sejurus menerima mesej itu pengguna boleh mematikan terus kebocoran tersebut dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Beliau berkata, menariknya inovasi itu diselaraskan dengan satu perisian dinamakan Blink yang boleh dimuat turun menerusi aplikasi Google Play.

“Sistem ini akan ‘mematikan’ terus kebocoran itu sekaligus mencegah berlakunya kebakaran tidak kira di mana pengguna berada,” katanya.

Azhar Elmi berkata, inovasi itu menepati ciri-ciri keselamatan kebakaran sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya, idea untuk menghasilkan inovasi itu tercetus selepas melihat statistik kebakaran rumah banyak berpunca dari kebakaran dapur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: