Fahmi Fadzil Tidak Perlu Mempolitikkan Tindakan Kemanusiaan Wanita.

Kenyataan terbaru MP Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil ke atas YB Rina Harun secara sinis adalah bertujuan melaga-lagakan situasi seolah-olah membayangkan ketidakseragam gerak kerja atas isu berkaitan wanita yang dibangkitkan oleh YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin.

Mudah buat YB Fahmi Fadzil memberi gambaran politik kononnya YB Rina tidak berfungsi dan mengaitkan YB Datuk Zuraida Kamaruddin mendahului menteri berkaitan. Hasil didikan politik pembangkang yang nyata gagal untuk melihat dari perspektif kemanusiaan.

Masyarakat umum mengetahui YB Zuraida Kamaruddin telah lama memainkan peranan berkaitan hak wanita. Walaupun beliau dilantik sebagai Menteri KPKT namun hak wanita bukan tertakluk 100% kepada kementerian.

Ini merupakan tindakan bersama antara pimpinan bersuara bagi mempertahankan hak wanita terutama mangsa.

Sekiranya YB Fahmi Fadzil ingin mengalih perhatian rakyat memberi gambaran sedemikian maka beliau sama sendiri tidak pernah lari daripada omokan gejala politiking sebagaimana DSAI.

Adalah lebih baik kita bersama mempertahan hak mangsa daripada mengambil kesempatan demi kepentingan politik diri.

YB Datuk Zuraida Kamarudin bertindak melangkaui pemikiran politik di dalam hal ini dan ianya terbukti jelas, beliau menyuarakan berkaitan hak mangsa tersebut dan bukan mewakili mana-mana kementerian.

Sekiranya YB Fahmi Fadzil ingin menjadi hero, saya mencadangkan agar beliau bersama-sama memperkasa nasib lelaki dan dibuktikan dengan tindakan.

Jangan sibuk mencampuri hal-hal berkaitan wanita sekiranya mahukan ‘political milage’.

Rakyat Malaysia kini mahu tindakan dan gerakan yang melangkaui sempadan politik atas kepentingan rakyat dan tanahair.

Muhamad Shazlee Muhamad Nazlee
Setiausaha,
Penggerak Komuniti Negara (PKN) Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: