Pengusaha studio latihan turut terjejas akibat PKP

Pelaksanaan PKP bukan sahaja menjejaskan kelompok pemuzik dan penggiat-penggiat seni muzik lain tetapi ia turut memberi kesan besar kepada pengusaha-pengusaha studio latihan yang sinonim dengan istilah studio ‘jamming’.

Berbeza semasa PKPB, kegiatan muzik masih boleh berlangsung secara terhad dengan persembahan pentas secara online. Ada pengusaha-pengusaha studio jamming yang bijak, mewujudkan gig atau persembahan online.

Pengusaha-pengusaha studio jamming ini bergantung kepada sewaan studio oleh band-band muzik yang ingin berlatih. Itu sahaja sumber utama yang menjadi nyawa ekonomi perniagaan jenis ini. Tanpa kehadiran band-band ini samada untuk sesi latihan, rakaman muzik dan gig show secara maya, perniagaan studio muzik ini akan berdepan kehilangan sumber kewangan.

Risiko utama pengusaha-pengusaha studio muzik ini adalah kos sewaan bangunan atau ruang kedai. Tanpa ada aktiviti jamming dan lain-lain kegiatan berkaitan, mereka boleh dianggap ‘sesak nafas’ untuk menampung kos sewaan yang tinggi. Itu belum masuk lagi hal gaji pekerja, bil utiliti dan simpanan (reserved) bagi menampung kos sepanjang PKP.

Dua bulan tanpa aktiviti latihan muzik band-band, sudah memberi tamparan hebat kepada pengusaha-pengusaha studio muzik ini. Harus difahami, kesan Wabak Covid-19 juga telah menyebabkan seluruh acara pentas (konsert, gig, busking) tidak dibenarkan berlangsung kerana ia akan melibatkan kehadiran penonton yang ramai.

Pengumuman kerajaan membuka beberapa sektor ekonomi termasuk perniagaan studio muzik ini memberi kelegaan kepada pengusaha-pengusaha studio dan penggiat-penggiat muzik. Namun masa memainkan peranan untuk mereka bangkit mengimbangi keadaan semasa.

Situasi semasa ini bukan lagi memyentuh hal politik dan sentimen perkauman. Berbeza dengan scene muzik, survival karier dan ekonomi menjadi tumpuan. Itu baru melibatkan pengusaha-pengusaha studio muzik. Bagaimana pula dengan beberapa pengusaha venue persembahan seperti Panggung Asia, Insider Satellite Ipoh dan Black Box?

Semoga pengumuman peruntukan dan inisiatif kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mendapat manfaat buat industri kreatif negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: