COVID-19: Negeri Sembilan, Sarawak catat kebolehjangkitan harian tertinggi semalam

KUALA LUMPUR, 18 Feb — Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi negara, iaitu masing-masing pada 1.06 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi iaitu pada 0.99, diikuti Kelantan dan Melaka (0.96), manakala Selangor, Perak serta Kedah masing-masing mencatatkan Rt 0.93.

Negeri-negeri lain pula merekodkan bacaan di bawah 0.90 iaitu Terengganu (0.89), Johor (0.87), Kuala Lumpur (0.81), Putrajaya dan Perlis (0.76), Pahang (0.73) dan Labuan yang mencatatkan Rt 0.51.

Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.91, katanya.

Dilapor semalam, sebanyak 2,998 kes baharu COVID-19 dan 22 kematian direkodkan dalam negara.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: