Kerjasama KPKT dan negeri berjaya siap projek perumahan rakyat

19 Februari, JOHOR BAHRU: Kerjasama dan komitmen kerajaan negeri Johor bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menyiapkan projek perumahan rakyat di Taman Seri Molek Perdana, Johor Bahru.

“Dengan komitmen tinggi dari semua peringkat akhirnya projek 972 unit Rumah Mesra Rakyat SPNB Taman Seri Molek Perdana ini berjaya diselesaikan walaupun menghadapi beberapa kekangan sebelum ini.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutama Kerajaan Negeri Johor yang banyak membantu.” jelas YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin semasa Majlis Penyerahan Kunci dua projek perumahan di sini hari ini.

Menurut Datuk Zuraida lagi, KPKT akan meneruskan komitmen menyediakan lebih banyak perumahan dengan beberapa polisi baru Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan datang yang dijenamakan semula kepada Rumah Malaysia berukuran seluas 900 kaki persegi bersama kemudahan yang lengkap.

Usahasama KPKT bersama kerajaan negeri seperti ini akan membantu rakyat Malaysia khususnya golongan B40 memiliki kediaman berkualiti pada masa depan._PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: