PPR Rantau: serahan kunci dijangka akhir Jun 2021
19 Februari 2021, PUTRAJAYA: Isu kelewatan serahan kunci rumah PPR Rantau dijangka akan diserahkan selewat-lewatnya pada akhir Jun 2021, kata Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan Rosman Jonet.
Pertemuan empat mata beliau dengan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Jayaselan A/L K.Navaratnam, hari ini telah membincangkan isu PPR Rantau.
Susulan aduan oleh pembeli-pembeli berikutan kelewatan menerima kunci rumah, Jayaselan memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan telah menyerahkan isu ini dikendali-urus oleh KPKT. Beliau menjangkakan serahan kunci rumah PPR Rantau dapat diserahkan pada atau sebelum 30 Jun 2021.


Projek ini mempunyai 100 unit Rumah Teres 1 Tingkat berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik, dua bilik air, ruang tamu dan dapur.
Ia turut dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, tapak gerai, tadika, pusat komuniti dan gelanggang futsal._PPI