Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dijenama semula kepada Rumah Malaysia, Menteri KPKT.

19 Februari, JOHOR BAHRU: Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan datang akan dijenamakan semula kepada Rumah Malaysia yang akan berukuran seluas 900 kaki persegi dan tidak boleh kurang dari itu bersama kemudahan yang lengkap, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor kerana telah memberi sokongan membiayai sewaan atau pembelian unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Perling, Johor untuk asnaf-asnaf.” kata beliau semasa program serahan kunci rumah PPR Taman Perling di sini pagi tadi.

Menurut Datuk Zuraida lagi, polisi telah dibuat KPKT bagi mengelakkan unit terbiar lama, pengisian rumah perlu dibuat dalam masa tiga bulan. Kerajaan Negeri harus bekerjasama dengan KPKT bagi melakukan saringan nama pemohon yang layak.

Tambah beliau, mereka yang layak perlu masuk dengan sewaan yang telah ditetapkan, tempoh selama dua tahun diberikan untuk untuk mereka menyelesaikan urusan permohonan pinjaman ke bank. Sekiranya tempoh 2 tahun masih gagal dengan alasan yang kukuh, kita akan memberi kelonggaran lagi satu tahun untuk mereka selesaikan.

“Tahun ini 11 projek Rumah Malaysia akan dibina. Mac 2021 ini akan ‘award’ kepada pemaju yang berjaya yang bakal memberi manfaat kepada 4120 keluarga.” kata Datuk Zuraida.

KPKT akan menyelaraskan harga sewaan Rumah Malaysia dalam anggaran RM200 hingga RM250 termasuk penyelenggaraan. Sebelum ini harga sewaannya berbeza mengikut negeri. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: