Penjenamaan semula PPR kepada Rumah Malaysia, permudahkan syarat rakyat miliki rumah.

Penjenamaan semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada Rumah Malaysia merupakan suatu langkah strategik kedepan yang dibakal dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menyediakan rumah untuk rakyat daripada kumpulan B40.

Pengumuman penjenamaan semula tersebut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin semasa Majlis Penyerahan Kunci dua projek perumahan rakyat di Johor Bahru semalam.

Zuraidah berkata, dalam tempoh tiga bulan selepas Rumah Malaysia siap, perlu diisikan dan kerajaan negeri bertanggungjawab mendapatkan senarai pembeli atau mereka yang layak mendudukinya.

Kata beliau, syarat itu merupakan polisi baharu pihak kementeriannya dan projek rumah tersebut tidak boleh dibiarkan kosong kerana akan mendatangkan kerosakan selain menjadi buruk serta terbiar.

“Sekiranya pembeli Rumah Malaysia mempunyai masalah pinjaman dengan pihak bank kerana masih belum diluluskan, kita akan berikan mereka peluang dengan menyewa rumah itu untuk tempoh dua tahun dengan kadar sewaan yang kita tetapkan.

“Tempoh dua tahun ini untuk memberi peluang kepada pembeli menguruskan pinjaman dengan bank. Sekiranya dalam tempoh ini ada masalah lagi dan tidak dapat kumpul duit untuk beli rumah, kita beri tempoh lanjutan setahun lagi,” katanya.

Bagi yang benar-benar miskin dan tidak mampu membeli Rumah Malaysia katanya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memberikan pengecualian bagi membolehkan mereka mendapat kediaman. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: