Kelab Sukan Bomba Kuantan terima RM10K, tambahbaik kemudahan sukan
20 Februari, KUANTAN: Kelab Sukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuantan telah menerima sumbangan sejumlah RM10 ribu yang diluluskan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin.
Peruntukan tersebut bertujuan membantu Bomba Kuantan mempertingkatkan aktiviti kesukanan dan menambahbaik kemudahan sukan di balai tersebut.
Datuk Zuraida juga berharap dengan ‘suntikan’ ini, prestasi kerja dan aktiviti kesukanan anggota-anggota bomba dapat dipertingkatkan untuk terus berkhidmat kepada masyarakat._PPI
