Kuantan dimasyhurkan sebagai bandaraya

21 Februari, KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya dalam Majlis Pemasyhuran yang disempurnakan oleh Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yang Dipertua MPK, Datuk Hamdan Hussin telah dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK). Pelantikan beliau ini menjadikannya sebagai Datuk Bandar MBK yang pertama.

Kuantan dinaiktaraf sebagai kawasan perbandaran pada 1 September 1979 dengan penubuhan Majlis Perbandaran Kuantan.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin sempena pemasyhuran Bandaraya Kuantan, kepesatan proses perbandaran yang berlaku sepanjang tahun membawa bersama pelbagai cabaran baharu yang semakin kompleks dan perlu digalas oleh PBT.

Tambah beliau lagi, sebagai agensi pelaksana barisan hadapan, PBT perlu mempersiapkan langkah yang strategik untuk mendepani cabaran semasa dan menggalas tanggungjawab yang diberikan.

PBT juga disaran untuk melaksanakan pengurusan kewangan secara berhemah supaya lebih cekap, berkesan, berintegriti dan berakauntabiliti, di samping sentiasa kreatif untuk menjana pendapatan baharu.

Kuantan menjadi bandaraya pertama dimasyhurkan pada tahun 2021. Tahun lepas, Seremban dan Subang Jaya telah diangkat daripada status perbandaran kepada status bandaraya._PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: