Kunjungan hormat perkukuh kerjasama KPKT-Kerajaan Negeri Pahang

22 Februari, KUANTAN: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Pahang.

Delegasi KPKT yang tiba di bangunan SUK Pahang telah disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pertemuan antara Datuk Hajah Zuraida dengan Datuk Seri Wan Rosdy melibatkan perbincangan beberapa perkara termasuk perancangan pembangunan di Pahang meliputi pembangunan perumahan, pembinaan Balai Bomba, pengurusan sisa pepejal serta peningkatan aktiviti ekonomi setempat.

Kunjungan hormat ini adalah sebahagian daripada lawatan kerja Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke negeri Pahang. Secara langsung ia adalah langkah memperkukuhkan kerjasama urustadbir ekonomi dan pembangunan antara kerajaan Persekutuan melalui KPKT dengan kerajaan negeri Pahang. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: