Majlis Daerah Maran terima RM7 juta peruntukan pembaikan dan naiktaraf

22 Februari, MARAN: Majlis Daerah Maran hari ini telah menerima peruntukan RM7 juta yang diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin.

Datuk Zuraida dan deligasi KPKT dalam lawatan kerja rasmi ke negeri Pahang bermula semalam telah berkunjung ke beberapa lokasi sekitar Maran untuk dibangunkan dan naiktaraf kemudahan selain perancangan pemulihan yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini.

Sejumlah RM7 juta diluluskan adalah peruntukan yang melibatkan usaha-usaha pembangunan Daerah Maran merangkumi RM5 juta bagi pembaikan & naiktaraf kemudahan yang rosak akibat banjir, RM1 juta khusus untuk pengurusan sisa pepejal serta RM1 juta lagi atas tujuan pembangunan sektor pelancongan di peringkat tempatan.

Peta Daerah Maran

Majlis Daerah Maran yang merupakan PBT Zon Tengah Pahang (yang turut merangkumi Kuantan, Bentong dan Temerloh) dalam perancangan dinaiktaraf sebagai Majlis Perbandaran pada tahun 2022.

Turut hadir bersama hari ini Datuk Seri Ismail Mutalib Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan merupakan Ahli Parlimen Maran. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: