Bentong bakal dinaiktaraf sebagai bandaraya kedua Pahang
22 Februari, MARAN: Bandar Bentong bakal menjadi bandaraya kedua di Pahang selepas Kuantan menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam sidang media di Maran.
“Permohonan oleh kerajaan negeri untuk menaiktaraf Majlis Perbandaran Bentong diangkat sebagai Majlis Bandaraya. Dari segi pendapatan, Bentong telah mencapai tahap untuk dinaiktaraf.” kata Datuk Zuraida Kamaruddin.

“Walaupun jumlah penduduk belum mencapai 500 ribu, kita akan melihat kapasiti dan pembangunan yang ada di sana.” menurut beliau lagi.
Menurut beliau lagi, jika mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan, Bentong akan dinaiktaraf sebagai bandaraya pada Jun 2021 nanti.
Bentong terkenal sebagai pusat utama pengeluaran durian ‘Musang King’ di Malaysia selain kawasan tarikan pelancongan di Pahang. _PPI
