Intipati Lawatan Kerja Rasmi Menteri KPKT ke negeri Pahang

1. Kerajaan Negeri Pahang memohon pembinaan rumah PPR di Lancang, ia telah diluluskan dan akan diteruskan dengan pembinaan sebanyak 350 buah rumah. Majlis pecah tanah untuk tujuan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

2. Isu tapak pelupusan sampah di Jabor-Jerangau yang kapasitinya telah penuh dan mencapai tahap maksimum. KPKT telah mencadangkan dua tapak baru bagi pembinaan Waste To Energy (WTE) iaitu di Bukit Ketam bagi timur Pahang dan Bentong bagi selatan Pahang.

3. KPKT sedang memperkemas perjanjian antara Kerajaan Negeri Pahang dan pihak operator tapak pelupusan sampah tidak mengikut garis panduan Akta 672.

4. Permohonan menaiktaraf Majlis Perbandaran Bentong untuk diangkat sebagai Majlis Bandaraya. Berdasarkan pendapatan, Bentong telah mencapai tahap untuk dinaiktaraf. Walaupun jumlah penduduk belum mencapai 500 ribu, KPKT akan melihat kapasiti dan pembangunan yang ada di sana.

5. KPKT melaksanakan pembaharuan dalam menyediakan panduan baru bagi PBT yang berteraskan pelancongan.

6. Pemasyhuran Kuantan sebagai Bandaraya, naik taraf Majlis Perbandaran Kuantan kepada Majlis Bandaraya Kuantan.

7. KPKT meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada Majlis Daerah Maran, fokus untuk menaiktaraf tempat-tempat yang mampu meningkatkan ekonomi penduduk tempatan selain infra yang terjejas akibat banjir. RM1 juta untuk membantu menguruskan sisa pepejal juga menyelesaikan masalah defisit majlis. RM1 juta lagi bagi membangunkan infra pelancongan yang boleh menjana ekonomi.

8. Pembinaan stesen ECRL di Maran bakal membuka peluang kepada penduduk tempatan sebagai sebuah hab menjana ekonomi samada penginapan mahupun membeli belah.

9. Dua pembinaan balai bomba kelas D telah diluluskan pada tahun ini iaitu di Chenor dan Gambang. Kerajaan Negeri turut membuat permohonan baru untuk mewujudkan sebuah lagi balai bomba di Benta.
_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: