PETRONAS umum penemuan gas di perairan Sarawak

KUALA LUMPUR: PETRONAS mengumumkan penemuan gas melalui penerokaan telaga Dokong-1 di Blok SK417 Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) terletak dekat perairan cetek Daerah Baram, kira-kira 90 kilometer dari pantai Sarawak.

Petronas Carigali Sdn Bhd, anak syarikat PETRONAS, memiliki 20 peratus penyertaan kepentingan di Blok SK417 PSC, manakala pengendalinya, PTT Exploration and Production Public Company Ltd (PTTEP), menerusi anak syarikat milik penuh, PTTEP HK Offshore Ltd memiliki 80 peratus kepentingan.

PSC itu dimeterai pada Mac 2018 daripada Pusingan Bidaan Malaysia 2017.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia PETRONAS, Mohamed Firouz Asnan, berkata telaga penerokaan Dokong-1 adalah salah satu daripada beberapa aktiviti penerokaan di Malaysia yang berjaya kebelakangan ini.

“Penjanaan hasil daripada penemuan gas di Daerah Baram boleh disokong menerusi infrastruktur sedia ada dan akan menyumbang kepada aspirasi PETRONAS untuk menyampaikan bekalan tenaga yang dipercayai, stabil serta lebih bersih ke pasaran domestik dan global,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penemuan Dokong-1 itu menghidupkan semula keseluruhan landskap penerokaan Daerah Baram, sekali gus mengukuhkan rangkaian bekalan gasnya sebagai sebahagian sistem gas Sarawak yang lebih besar.

Dokong-1 adalah telaga penerokaan di kawasan baharu yang berjaya digerudi pada kedalaman 3,810 meter pertengahan bulan lalu.

Penemuan kolum gas berukuran lebih daripada 80 meter di takungan Pertengahan ke Akhir Miocene Cycle VI-VII mengesahkan lagi potensi baki prospeknya di Daerah Baram.

PETRONAS akan menawarkan empat blok perairan cetek di Sarawak sebagai sebahagian daripada Pusingan Bidaan Malaysia 2021, yang akan berlangsung Jumaat ini. _BH ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: