PM lancar Imunisasi Covid-19 Kebangsaan hari ini.
24 Februari, PUTRAJAYA: YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Pendaftaran Vaksinasi Menerusi MySejahtera pada hari ini jam 2.30 petang.
Program ini adalah langkah utama kerajaan menanggani wabak Covid-19 skala besar yang bakal melibatkan beberapa fasa.
Beliau juga akan menerima suntikan vaksin bersama-sama Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah.