Bomba dan PeKT Petaling Jaya laksana operasi sanitasi tiga sekolah
Kerjasama antara Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Petaling Jaya dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya terus berlangsung dengan baik, kali ini melalui operasi sanitasi di tiga buah sekolah rendah.
Sebelum itu, kedua-dua pihak telah memulakan kerjasama awal melalui operasi sanitasi di PPR Lembah Subang pada 3-4 Februari lepas.
Program sanitasi tiga buah sekolah rendah di Petaling Jaya itu dijalankan secara serentak pada 26 Februari 2021. Ia merupakan inisiatif yang diusahakan oleh Penggerak Komuniti Negara (PKN) Petaling Jaya melalui Pengerusinya, Mohd Ridzuan Basir dan Naib Pengerusi, Nor Hasliza Omar.









Sekolah rendah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Lembah Subang, Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun(1) Jalan Klang Lama dan Sekolah Kebangsaan(1) Petaling Jaya.
Program sanitasi ini turut mendapat kerjasama yang baik daripada guru besar sekolah terlibat. Ini adalah suatu usaha PeKT memastikan persekitaran sekolah bebas daripada wabak Covid-19 sebelum persekolahn bermula pada 1 Mac ini. _PPI

berdiri dari kiri
Pn Zainab, PK HEM Pn Janet, Pn Fadila (SU), PeKT PJ Pn Hasliza, PBK 11 KUP Suahimi, PK Mohd Rosdi, Pn Azizah dan PK KOKU Mohd Bazli.