Kembali ke sekolah: Penggerak Port Dickson anjur gunting rambut percuma
28 Februari, LINGGI: Hari ini Pejabat Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson telah menganjurkan Program Gunting Rambut Secara Percuma sempena pembukaan semula sesi sekolah bermula pada 1 Mac dan 8 Mac ini.
Program berlangsung di perkarangan Pejabat PKN Port Dickson, Pekan Linggi bermula dari jam 11.00 Pagi sehingga 2.00 Petang.


Seramai 30 murid dan pelajar di kawasan Linggi ini tidak melepaskan peluang untuk bergunting rambut secara percuma.
Menurut Pengerusi PKN Port Dickson Rosman Jonet, program ini dilaksanakan bagi membantu meringankan beban masyarakat setempat. _PPI