Pakatan Harapan hadapi krisis dalaman lompat parti

Tiga lagi wakil rakyat Parti Amanah Negara (PAN) menyertai PKR. Tiga Adun di Johor membabitkan Adun Senggarang Khairuddin A Rahim; Adun Serom Faizul Amri Adnan; dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit.

Tahun lepas, dua Adun PAN dari Selangor – Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar serta Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman – turut menyertai PKR.

Menurut laporan Malaysiakini, Khairuddin memberitahu bahawa permohonannya yang dihantar September tahun lalu, diterima kira-kira pada Oktober tahun sama, namun tidak mengheboh-hebohkannya untuk menjaga hubungan antara parti.

Meskipun menyatakan dia berpindah ke PKR bukanlah kerana faktor kerusi, dia berharap agar dapat diberikan ruang untuk bertanding kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang nanti.

Genap setahun pada 23 Februari lalu Perikatan Nasional dibentuk dan peristiwa Langkah Sheraton yang mengubah landskap politik Malaysia. Beberapa pimpinan Pakatan Harapan dilihat membidas dan membuat kecaman kejadian setahun lalu sebagai pengkhianat mandat rakyat.

Namun tindakan terbaru adun-adun PAN melompat menyertai PKR membayangkan keretakan dalaman yang sedang berlaku.

Memetik kata-kata popular Mat Sabu, Presiden PAN “when elephant fight, the grass will suffer”, apakah ungkapan ini telah dan sedang berlaku dalam PAN?

Timbul andaian politik bahawa wujud krisis antara PAN-PKR, yang lebih menekan PAN sebagai parti komponen kerdil dalam Pakatan Harapan.

Tahun 2020 PAN yang dianggap ‘suci’ daripada lompat parti oleh para pentaksub mereka telah melalui situasi luarbiasa apabila seorang adun mereka di Perak iaitu Adun Titi Serong melompat keluar parti menjadi wakil rakyat bebas mesra Perikatan Nasional. Kemudian beliau diterima menyertai Bersatu.

Selepas itu, dua Adun PAN dari Selangor – Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar serta Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman – turut menyertai PKR.

Memang benarlah khabar-khabar angin menyebut PAN yang bakal ghuyub sebenarnya. Kejadian lompat parti berlaku dalam sebuah ‘keluarga politik’ yang sama (Pakatan Harapan) seperti ini sangat istimewa kerana ia petanda besar kepada sesuatu krisis.

Jika adun-adun PAN ini melompat menyertai Perikatan Nasional atau Barisan Nasional itu boleh dianggap lompatan normal politik.

Persoalan menarik, apa nasib PAN selepas ini, berkubur selepas PRU15 dan dibubarkan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: