Perikatan Nasional bakal perkukuh kedudukan capai majoriti selesa?

Spekulasi yang bertiup kencang sejak 2-3 hari lepas. Semalam dua MP PKR umum keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional.

MP Julau, YB Larry Sng antara individu yang paling kontroversi telah meletakkan jawatan Pengerusi PKR Sarawak manakala MP Tebrau, YB Steven Choong turut keluar parti.

Ada khabar angin menyebut akan ada beberapa lagi MP PKR yang akan melakukan tindakan sama dalam masa terdekat. Namun jumlah yang bakal menyeberang itu masih dirahsiakan. Ia bukan sahaja melibatkan MP PKR tetapi juga daripada parti-parti komponen PH iaitu PAN dan DAP. Ini situasi yang menarik.

Apakah sokongan kepada Perikatan Nasional akan melebar menjauhi angka minima 112 majoriti mudah Dewan Rakyat?

Sekali lagi, gerakan Anwar Ibrahim mahu mengatasi Perikatan Nasional menemui kegagalan. Setiap kali Anwar membuka langkah melalui pengumuman media akan ‘usaha menukar kerajaan’, ia akan segera dicantas. Sudah masuk lima kali percubaan beliau untuk menjadi Perdana Menteri gagal sejak tahun 2008.

Langkah pertama selepas memenangi PRK Permatang Pauh pada penghujung tahun 2008, Projek 16 September telah digerakkan namun gagal mencapai matlamat.

Kemudian melalui PRU-13, Pakatan Rakyat gagal menumbangkan Barisan Nasional walaupun PKR berjaya mempunyai wakil rakyat di setiap negeri dalam Malaysia termasuk Sabah untuk pertama kali. Namun ia tidak cukup memenuhi usaha Anwar menjadi PM.

Selepas itu semasa pemilihan PKR tahun 2014, Langkah Kajang dilaksanakan juga menemui kegagalan untuk meletakkan Anwar sebagai MB Selangor iaitu strategi batu loncatan untuk manuver kedudukan BN di peringkat persekutuan melalui Selangor. Akibat besar ditanggung adalah perpecahan Pakatan Rakyat dan Anwar kembali ke Penjara Sungai Buloh.

Langkah kanan menjelma dengan kemenangan bergaya Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional pada PRU-14. Usaha menempatkan diri kembali dalam arus perdana politik diteruskan melalui ‘Langkah Port Dickson’ pula pada penghujung tahun 2018. Situasi mirip seperti tahun 2014 dengan PRK Port Dickson dilangsungkan semasa PKR sedang melalui pemilihan parti. Anwar memenangi PRK dan kembali menjadi MP. Langkah-langkah menekan dan mendesak Dr Mahathir bermula Disember 2018 sehingga Februari 2020 agar menyegerakan serahan kuasa kepada Anwar.

Akibatnya, Pakatan Harapan tumbang dengan hilang majoriti melalui Langkah Sheraton pada 23 Februari 2020. Suatu langkah ‘check-mate’ politik yang sangat radikal dan unik. Peluang Anwar dibunuh terus.

Perikatan Nasional dibentuk dan sejak itu gabungan ini berterusan menerima saingan politik yang kental. Permainan politik sentiasa berubah-ubah dalam situasi yang sangat mencabar iaitu negara menghadapi wabak Covid-19 dan kedudukan majoriti mudah. Kedua-dua situasi ini dapat dilalui sehingga kini.

Perikatan Nasional dalam suatu keadaan telah diperlihatkan sebagai lemah dan tidak berupaya mentadbir sebagaimana didakwa oleh Pakatan Harapan. Akan tetapi seperti gerakan menuju Langkah Sheraton, strategi dan taktikal Perikatan Nasional secara senyap berjaya menangkis kebanyakan ‘serangan politik’ Pakatan Harapan.

Akhirnya, adakah Perikatan Nasional sedang menuju ke arah pengukuhan kedudukan semasa melalui jumlah majoriti selesa sekurangnya 120 MP?

Kita nantikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: