Majlis Negara setuju secara prinsip terhadap program JENDELA

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada Selasa bersetuju secara prinsip terhadap Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pelan yang dirangka hasil perbincangan bersama pemegang kepentingan dalam sesi Makmal Infrastruktur Digital Negara (NDIL) tahun lalu itu akan menjadi platform bagi menambah baik perkhidmatan komunikasi digital di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Bagi memastikan kelancaran dan kelangsungan pelaksanaan projek JENDELA, kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap pemudah cara pelaksanaan infrastruktur digital di peringkat negeri juga amat diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mesyuarat itu juga telah menimbang dan bersetuju terhadap lima lagi kertas pertimbangan antara lain menjadikan perkhidmatan komunikasi sebagai utiliti awam ketiga, pemakaian garis panduan perancangan infrastruktur komunikasi(GPP-I) dan prosedur permohonan pemajuan menara atau struktur komunikasi.

Selain itu, prosedur permohonan bagi penyediaan penginapan pekerja secara jangka pendek dan garis panduan pasar sejahtera di kawasan pihak berkuasa tempatan turut dipertimbangkan dan dipersetujui.

Mesyuarat yang diadakan secara maya itu turut disertai Zuraida, Menteri Kesihatan Datuk, Seri Dr Adham Baba, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, lima orang timbalan menteri, serta dua orang menteri kerajaan negeri Sabah dan Sarawak. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: