Dua mangsa terperangkap dalam insiden jejambat runtuh maut di tempat kejadian – Polis

3 Mac, KUALA LUMPUR: Dua daripada lima mangsa yang terperangkap di dalam van yang dihempap runtuhan struktur jejambat di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur pada petang Rabu, maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata kedua-dua mangsa yang meninggal dunia adalah pekerja kilang wanita.

Tambahnya, kesemua lima mangsa adalah warga tempatan. Dilaporkan, van tersebut membawa pekerja kilang dan sedang dalam perjalanan ke tempat kerja ketika kejadian berlaku.

Zulkefly menambah, insiden itu berpunca daripada treler yang membawa muatan berat melanggar sebahagian struktur binaan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga runtuh. Ujarnya, pemandu treler berkenaan ditahan untuk membantu siasatan. – THE STAR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: