Kerjasama Malaysia-UK pembangunan bandar pintar.

5 Mac, PUTRAJAYA: Potensi kerjasama antara Malaysia-United Kingdom melalui pembangunan bandar pintar menjadi fokus utama dalam kunjungan hormat TYT Charles Hay, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia hari ini di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kunjungan hormat Charles Hay telah disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin.

Pertemuan penuh mesra ini telah membincangkan usaha-usaha pengukuhan jalinan kerjasama sedia ada antara Malaysia dengan United Kingdom terutamanya dalam bidang pembangunan bandar pintar meliputi Smart Community, Smart Mobility, inisiatif Waste to Energy (WtE) dan pengurusan sisa pepejal.

Charles turut menyatakan hasrat United Kingdom untuk membantu Malaysia dalam pembangunan negara pasca pandemik Covid-19.

Kedua-duanya turut membincangkan kerjasama teknologi kewangan (finance technology) khusus dalam memudahkan pinjaman peribadi secara digital.

Zuraida juga menyatakan komitmen Malaysia untuk berperanan aktif dalam pembangunan Kerajaan Tempatan melalui kerjasama dengan Commonwealth Local Government Forum (CLGF) yang berpusat di London, United Kingdom. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: