Menteri KPKT dan 1,358 terima suntikan vaksin Covid-19

5 Mac, PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini telah menerima suntikan vaksin dos pertama Covid-19 hari ini.

Sejumlah 1,358 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terlibat secara langsung dengan operasi COVID-19 telah menerima suntikan vaksin sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula pada 24 Feb lepas.

Beliau bersama empat anggota bomba telah menerima suntikan vaksin dos pertama jenis Comirnaty Fasa 1 bagi Program Imunisasi COVID-19 di Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya. Turut menerima suntikan vaksin di klinik itu hari ini adalah Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Seramai 7,483 anggota bomba bakal menerima suntikan vaksin secara berperingkat melibatkan anggota bomba yang bertugas secara langsung dengan operasi COVID-19 serta mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat dan menyebarkan jangkitan COVID-19.

Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bertemakan ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ dalam tiga fasa bermula 24 Feb lepas untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin COVID-19 menjelang Februari 2022.

Beliau berkata pegawai bomba yang lain akan menerima vaksin dalam fasa yang seterusnya menerusi pendaftaran di aplikasi MySejahtera.

Zuraida akan menerima suntikan dos kedua pada 26 Mac ini, berkata beliau tidak berasa apa-apa kesan sampingan selepas menerima suntikan dos pertama pada hari ini.

Beliau turut menyatakan anggota bomba masih lagi melaksanakan proses sanitasi di tempat awam bagi mengekang penularan COVID-19 dan sebanyak 17,963 proses sanitasi telah dilakukan sejak Mac tahun lepas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: