Pakatan sulit Anwar-Zahid terdedah melalui kesamaan kenyataan PH-BN

Kesamaan berbentuk salin-tampal dalam dua kenyataan media dari Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi dipersoalkan netizen di laman media sosial kerana kedua-dua kenyataan menggunakan ayat-ayat yang sama seperti terdapat suatu bentuk pakatan sulit antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Portal MalaysiaNow menyifatkan dua kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua pemimpin itu mirip dari sudut bahasa, gaya dan susunan.

Tinjauan NMT mendapati kesamaan dua kenyataan dari dua pemimpin itu hangat dibicarakan di laman Facebook.

“Malam tadi seorang kawan ahli akademik di UUM memanjangkan kepada saya satu poster yang mendakwa bahawa kenyataan media Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kenyataan media Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, adalah sebiji-sebiji sama,” kata Profesor Kamarul Yusoff di laman Facebook-nya.

“Malam tadi seorang kawan ahli akademik di UUM memanjangkan kepada saya satu poster yang mendakwa bahawa kenyataan media Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kenyataan media Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, adalah sebiji-sebiji sama,” kata Profesor Kamarul Yusoff di laman Facebook-nya.

“Setelah dibandingkan kedua-dua kenyataan media tersebut saya agak terkejut bila mendapati bahawa kedua-dua kenyataan media ini bukan saja sama dari segi temanya tetapi juga ayatnya,” jelas Prof Kamarul lagi.

Beliau turut merungkai kedua-dua kenyataan media tersebut secara terperinci di mana perenggan pertama kenyataan media Anwar Ibrahim adalah seperti berikut:

“Ahli-ahli Dewan Rakyat Pakatan Harapan menjunjung kasih titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 24 Februari 2021 di mana Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan pandangan bahawa Dewan Rakyat boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Duli Tuanku atas nasihat YAB Perdana Menteri.”

Perenggan pertama kenyataan media Ahmad Zahid Hamidi pula adalah seperti berikut:

“Barisan Nasional menjunjung kasih titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 24 Februari 2021 di mana Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan pandangan bahawa Dewan Rakyat boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Duli Tuanku atas nasihat YAB Perdana Menteri.”

Jelas bahawa apa yang berbeza di dalam kedua-dua perenggan mereka hanyalah pada bahagian “Ahli-ahli Dewan Rakyat Pakatan Harapan” dan “Barisan Nasional” sahaja, manakala selebihnya adalah ayat yang sama.

Perenggan kedua kenyataan media Anwar Ibrahim mengatakan:

“Kami mengalu-alukan titah Duli Tuanku yang bertujuan menegakkan amalan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan.”

Perenggan kedua kenyataan media Ahmad Zahid Hamidi pula ternyata hanya ditukar empunya kenyataan semata-mata:

“Barisan Nasional menyambut baik titah Duli Tuanku yang bertujuan menegakkan amalan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan.”

Perenggan kedua kenyataan media Ahmad Zahid Hamidi pula ternyata hanya ditukar empunya kenyataan semata-mata:

“Barisan Nasional menyambut baik titah Duli Tuanku yang bertujuan menegakkan amalan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan.”

Ternyata perbezaan di dalam kedua-dua perenggan masing-masing hanyalah pada bahagian “Kami mengalu-alukan” dan “Barisan Nasional menyambut baik” sahaja, ayat selebihnya jelas salin-tampal.

Perenggan ketiga kenyataan media Anwar Ibrahim menyatakan:

“Maka berikutan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, nasihat YAB Perdana Menteri kepada Duli Tuanku bagi membendung gejala wabak COVID-19 melalui Pengisytiharan Darurat serta Pemasyuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 perlu sentiasa peka ke atas prinsip tersebut bagi memastikan hak rakyat dapat disuarakan di Parlimen.”

Perenggan ketiga kenyataan media Ahmad Zahid Hamidi sedikit berbeza tetapi membawa maksud yang sama:

“Barisan Nasional sentiasa berpegang bahawa, nasihat YAB Perdana Menteri kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi membendung gejala wabak COVID-19 melalui Pengisytiharan Darurat serta Pemasyuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 perlu memastikan hak suara rakyat di Parlimen tidak diabaikan.”

Kedua-dua perenggan masing-masing menyebut satu perkara yang sama, iaitu supaya nasihat YAB Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membendung gejala wabak COVID-19 melalui Pengisytiharan Darurat serta Pemasyuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 perlu “memastikan hak suara rakyat di Parlimen tidak diabaikan” atau “memastikan hak rakyat dapat disuarakan di Parlimen”.

Perenggan keempat kenyataan media Anwar Ibrahim semakin membuktikan kesamaan kenyataan Anwar-Zahid:

“Kendatipun begitu, kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) semalam bahawa Jemaah Menteri menasihatkan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Agong supaya tidak diadakan Sidang Parlimen semasa tempoh Darurat berkuatkuasa, adalah amat menghampakan kerana bertentangan dengan pandangan dan titah Duli Tuanku.”

Perenggan keempat kenyataan media Ahmad Zahid Hamidi tampak seperti diolah supaya tampak sedikit berbeza walaupun maksudnya tetap sama:

“Barisan Nasional menanggapi kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) semalam bahawa Jemaah Menteri menasihatkan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Agong supaya menidakkan Sidang Parlimen semasa tempoh Darurat berkuatkuasa, adalah seolah mencabar pandangan dan titah Duli Tuanku dan menghina institusi Raja Berpelembagaan.”

Kedua-dua perenggan masing-masing menyebut satu perkara yang sama, iaitu bahawa kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) semalam bahawa Jemaah Menteri menasihatkan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Agong supaya menidakkan atau supaya tidak diadakan Sidang Parlimen semasa tempoh Darurat berkuatkuasa adalah sama ada “bertentangan dengan pandangan dan titah Duli Tuanku” atau “seolah mencabar pandangan dan titah Duli Tuanku dan menghina institusi Raja Berpelembagaan”.

Perenggan kelima kenyataan media Anwar Ibrahim adalah mirip dengan perenggan ketujuh kenyataan media Zahid Hamidi:

“Justeru, selaras dengan kuasa wewenang Duli Tuanku di bawah Seksyen 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dibaca bersama Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan, kami dengan rendah diri dan seikhlasnya merayu kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Agong; sekiranya diperkenankan, untuk menitah Sidang Parlimen diadakan dengan kadar segera bagi membentangkan perkara-perkara berikut: (a) Pengisytiharan Darurat serta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 bagi memastikan prinsip hak asasi manusia, kebebasan masyarakat madani, ketulusan dan kedaulatan undang-undang dapat dipelihara; (b) Keberkesanan langkah-langkah untuk membendung penularan wabak COVID-19 demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat termasuk jadual imunisasi vaksin kepada rakyat; (c) Keberkesanan pelaksanaan Belanjawan 2021 demi memastikan kelangsungan hidup rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40); (d) Keberkesanan ikhtiar pemulihan ekonomi negara semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP);”

Perenggan ketujuh kenyataan media Ahmad Zahid Hamidi pula adalah berbunyi:

“Meskipun begitu, Barisan Nasional dengan rendah diri merayu kepada KDYMM Seri Padaka Baginda Tuanku Agong, sekiranya diperkenankan, untuk menitahkan Sidang Parlimen diadakan dengan kadar segera dengan menggunakan kuasa wewenang Duli Tuanku di bawah Seksyen 14 (I)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dibaca bersama Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan. Di mana, Sidang Parlimen dapat membentangkan perkara-perkara berikut: (a) Pengisytiharan Darurat serta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 bagi memastikan prinsip hak asasi manusia, kebebasan masyarakat madani, ketulusan dan kedaulatan undang-undang dapat dipelihara; (b) Keberkesanan langkah-langkah untuk membendung penularan wabak COVlD-19 demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat; (c) Keberkesanan pelaksanaan Belanjawan 2021 demi memastikan kelangsungan hidup rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40); (d) Keberkesanan ikhtiar pemulihan ekonomi negara semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP);”

Terbukti kedua-dua perenggan masing-masing menyebut beberapa perkara yang sama, iaitu merayu kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Agong untuk menitahkan Sidang Parlimen diadakan dengan kadar segera bagi membentangkan empat perkara yang sama, iaitu: (a) Pengisytiharan Darurat serta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 bagi memastikan prinsip hak asasi manusia, kebebasan masyarakat madani, ketulusan dan kedaulatan undang-undang dapat dipelihara; (b) Keberkesanan langkah-langkah untuk membendung penularan wabak COVlD-19 demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat; (c) Keberkesanan pelaksanaan Belanjawan 2021 demi memastikan kelangsungan hidup rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40); (d) Keberkesanan ikhtiar pemulihan ekonomi negara semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP);”

Kenyataan media Anwar Ibrahim diakhiri dengan:

“Sementalahan itu, pihak kami juga turut menzahirkan penghargaan kepada pihak kerajaan dalam merealisasikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan kepada para wira-wirawati petugas barisan hadapan dalam pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira masa dan penat dalam memerangi wabak COVID-19.”

Dan seperti yang dijangka, kenyataan media Ahmad Zahid Hamidi diakhiri sama dengan kenyataan Anwar:

“Sementalahan saya juga turut menzahirkan penghargaan kepada pihak kerajaan dalam merealisasikan Program lmunisasi COVID-19 Kebangsaan dan kepada para wira-wirawati petugas barisan hadapan dalam pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira masa dan penat dalam memerangi wabak COVID-19.”

Beberapa persoalan ditimbulkan oleh netizen di laman media sosial, antaranya:

1) Apakah pembuat kenyataan media Pengerusi PH dan pembuat kenyataan media Pengerusi BN adalah individu yang sama?

2) Apakah kenyataan media mereka dibuat menggunakan template yang sama?

3) Apakah mesej tersirat yang hendak disampaikan atau yang boleh dibaca dari persamaan tema dan ayat dalam kenyataan media Pengerusi PH dan kenyataan media Pengerusi BN ini?

4) Benarkah wujudnya pakatan sulit antara Anwar dan Zahid?

5) Terang lagi bersuluh, kedua-dua kenyataan media ini sama ada secara kebetulan atau tidak, membuktikan wujudnya pakatan sulit antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional?

Sumber: New Malaysia Times

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: