PPBM pandang serius keputusan Umno tidak mahu bekerjasama dalam PRU, kata Hamzah

5 Mac, PETALING JAYA: PPBM memandang serius surat Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengenai keputusan Ahli Majlis Tertinggi Umno untuk tidak bekerjasama dengan partinya dalam pilihan raya umum ke-15 akan datang.

Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin berkata demikian memandangkan keputusan itu akan memberi implikasi besar kepada kerjasama di masa hadapan antara Umno, PPBM dan Perikatan Nasional (PN).

“Berhubung surat yang dihantar oleh presiden Umno bertarikh 26 Feb 2021, PPBM memandang serius terhadap kandungan surat tersebut kerana ia mempunyai implikasi yang besar terhadap kerjasama di masa hadapan antara Umno, PPBM dan PN.

“Dalam hal ini, PPBM memutuskan untuk terus fokus memperkasakan gerak kerja bersama rakan-rakan dalam Perikatan Nasional, iaitu PAS, STAR, SAPP dan GERAKAN berlandaskan perjuangan yang jujur dan ikhlas kepada rakyat bagi memenangi pilihan raya akan datang,” katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dipengerusikan Presiden, Muhyiddin Yassin.

Hamzah bagaimanapun berkata, PPBM berpendirian bahawa kerajaan PN pimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri masih utuh dan berfungsi untuk memberi khidmat kepada rakyat.

“Sepanjang pentadbirannya selama setahun, PN berjaya menegakkan prinsip tadbir urus baik, ketelusan dan kewibawaan terutama dalam melindungi kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang.”

Surat Zahid, susulan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Janda Baik, Pahang pada 19 Feb lalu mengumumkan Umno tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada PRU15, dan parti itu hanya akan bekerjasama dengan kerajaan diketuai PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Majlis Tertinggi Umno sebelum ini menyatakan akan membuat keputusan akhir berhubung kerjasama dengan PPBM ketika perhimpunan agung yang dijadualkan pada 27 dan 28 Mac ini, selepas ditangguhkan dua kali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: