Teori Kamal Hatta: Kantoi Pakatan Sulit Anwar-Zahid Terdedah

Lama dah wa tak menulis sebab kesibukan membantu gerak kerja kemasyarakatan. Lu orang jangan fikir wa takde kerja sentiasa nak membidas je.

Hari ni memang terdetik wa nak balun hal pakatan sulit Anwar-Zahid. Lu orang bukan tak tau, dua-dua politikus ni dah berhubungan sejak era Reformasi lagi. ‘Kesetiaan’ Zahid kepada Anwar ni sangat luarbiasa. Kononnya dulu wa pernah dengar khabar-khabar angin yang Zahid kasik pecah info untuk Anwar. Kira diandaikan Zahid jadi mata tangan kaki Anwar di sebelah BN.

Tapi hari ni memang sah sangat, kenyataan media Anwar dan Zahid memang copy paste lah. Wa malas nak cerita bagaimana sama, lu orang tengok gambar kat bawah yang wa copy paste daripada Whatapps.

Anwar memang ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional melalui kerjasama dengan Zahid. Kebetulan masing-masing adalah presiden parti. Mudah menggunakan kedudukan jawatan ni untuk manuver.

Yang bongok Anwar ni, dia suka gebang lebih konon ada angka menyakinkan tapi sampai hari ni masih gagal umum. Side Umno pun yang berani umum tak sokong Perikatan Nasional ada tiga orang iaitu Nazri Aziz, Jazlan Yaakub dan Tengku Razaleigh. Lain-lain yang boleh hidu seperti Ahmad Maslan, Tajuddin Rahman, cuma Zahid dan Najib masih main cak ba cak, sergah main-main.

Langkah terdesak masing-masing nak menyelamatkan diri daripada kes mahkamah.

Wa nampak segelintir puak Umno (pro-Najib & pro-Zahid) masih tak sedar diri yang Umno bukan ‘big-brother’ dalam politik negara. Zaman mereka dah berlalu. Buatlah macam-macam survey konon kata gabungan Umno-Pas yang disukai rakyat khusus orang Melayu.

Umno Sabah yang gagah perkasa selama empat lima penggal pun merundum semasa PRN Sabah bulan September tahun lepas. Wa nampak Umno kuat di Pahang je. Negeri-negeri lain tunggu masa nak ke laut. Umno di Selangor, Kedah, Penang, Negeri Sembilan, Melaka tunggu masa nak dipadamkan. Johor dan Perak bakal menyusut macam Umno Sabah.

Kemaraan Bersatu sebagai tunjang politik mainstream negara sekarang menakutkan Umno. Memang hari-hari kalau kau orang baca page pro Umno, bantai, kecam dan menganjing kuat tapi itu sesama mereka bai. Cuba tanya rakyat Malaysia, Umno bukan lagi pilihan utama. Politik Malaysia bukan lagi macam kurun ke-20. Maklumat sepantas dapat hujung jari.

Itu belum survey IDE yang sangat berat sebelah. Cubalah buat survey seimbang, komfem berbeza hasil jawapannya. IDE memang diketahui pro-PKR PH. Biarlah intelektual seperti nama agensi, jangan berat sebelah. Dulu kau orang kecam Utusan Malaysia berat sebelah kalau ada survey politik, tapi IDE pun agak idiot jugak kerana kecenderungan kajian yang berat sebelah. Dah hilang intelektual.

Berbalik bab pakatan sulit Anwar-Zahid ni, bukan semua 38 MP Umno sokong Zahid. Wa respect dengan Shahidan Kassim dan Bung Moktar Radin, mereka berdua ni ada kesedaran hakikat politik. Umno Perlis dan Sabah awal-awal menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional dan meneruskan kerjasama politik dengan Bersatu.

Anwar masih gagal dengan menyatakan jumlah sokongan. Mana dia 120-125 MP yang sokong tu?

Alih-alih yang keluar MP Julau dan Tebrau, susut lagi angka MP PKR. Makin kecil bilangan dalam parlimen nampaknya. Mau terbarai Anwar dan Zahid kali ni. Senyap-senyap je Muhyiddin dan Azmin bergerak tak ada gebang kecoh macam Anwar.

Khabar angin bertiup kencang akan berlaku lagi lompat ajaib. Wa teruja nak tunggu. PKR dan Umno seiring nak terbarai sama-sama ni.

Bersatu pun selamba tenang tak berapa nak terkejut sangat dengan surat Zahid sebagai Presiden UMNO bahawa Umno nak memutuskan tidak kerjasama dengan Bersatu.

–Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI, beliau adalah aktivis dan Reformis 98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: