Bersatu Pahang sasar satu kerusi untuk Srikandi

KUANTAN – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang mencadangkan sekurang-kurangnya satu kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diberikan kepada pimpinan Srikandi parti berkenaan berdasarkan komitmen dan peranan penting wanita dalam parti itu.

Pengerusinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada kepimpinan tertinggi Bersatu Pusat.

“Saya komited untuk melihat ada wanita Bersatu di Pahang dipilih menjadi calon pada PRU-15 sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen sebagai pengiktirafan kepada golongan wanita yang banyak berjasa kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada pemandu teksi dan bas secara pandu lalu di Terminal Sentral Kuantan pada Ahad.

Seramai 108 pemandu teksi, bas dan peniaga menerima sumbangan bakul makanan pada program terbabit.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, satu perjumpaan bersama pimpinan Pas Pahang dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Pahang juga dijadualkan petang Ahad bagi membincangkan penubuhan Perikatan Nasional (PN) di negeri ini.

“Saya telah dilantik sebagai Pengerusi PN. Sebelum ini saya sudah mengadakan perjumpaan tidak rasmi dengan (Pesuruhjaya Pas Pahang), Rosli Abd Jabar (DUN Tanjung Lumpur) dan Presiden Gerakan Pusat, Dominic Lau. Mereka sedia membincangkan lebih lanjut mengenai usaha menubuhkan PN di peringkat negeri Pahang.

“Jadi, petang ini (Ahad) pertemuan (rasmi) kali pertama dan kita harap semuanya berjalan lancar untuk kepentingan semua pihak,” katanya.

Menjawab pertanyaan kemungkinan pertemuan petang ini turut membincangkan pengagihan kerusi untuk PRU-15, Saifuddin berkata, pertemuan ibu bagi penubuhan Jawatankuasa PN Pahang terlebih dahulu.

Beliau bagaimanapun berkata, proses pembahagian kerusi ditentukan kemudian oleh pimpinan Pusat semua parti selepas ini. _SH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: