Bomba: Lima peratus kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat belum padam

SHAH ALAM, 7 MAC: Tinggal lima peratus daripada lapan kompartmen kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan yang terbakar belum dipadamkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor berkata kawasan terbabit ialah kompartmen 17, manakala kompartmen 7, 12, 13, 14, 15, 16 dan 20 sudah padam sepenuhnya, lapor Harian Metro.

“Selain pemadaman secara terus melalui darat dan bantuan pengeboman air dari udara, hujan malam tadi dan pagi ini juga membantu mempercepatkan pemadaman kebakaran di kawasan itu,” kata Norazam Khamis.

Beliau menambah pasukannya turut berdepan cabaran memadamkan kebakaran dari udara hari ini disebabkan cuaca tidak menentu dan angin kencang.

Khamis lalu, Norazam menjangkakan kebakaran di kawasan tanah gambut di pinggir hutan itu dapat dipadamkan sepenuhnya dalam lima hari jika tiada perebakan di kawasan baharu.

Pada 28 Februari, dilaporkan kira-kira 34 hektar kawasan Hutan Simpan kekal Kuala Langat Selatan terbakar berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka. _Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: