Kerjasama KKMM-Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dapatkan data kukuh industri kreatif negara

7 Mac, PUTRAJAYA: Mengenai rancangan untuk mengukuhkan industri kreatif negara, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Saifuddin Abdullah berkata, KKMM bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi mendapatkan data penggiat seni yang khusus, sama ada dalam kalangan pengarah filem, komposer, pemuzik atau penulis lirik.

Bagi tujuan tersebut, DOSM sedang melakukan bancian data penggiat seni dengan kerjasama agensi berkaitan seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Finas, Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (Cendana) dan Radio Televisyen Malaysia.

Sektor ekonomi kreatif menyumbangkan RM29.4 bilion Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019 dan telah memberi peluang pekerjaan kepada 859,900 individu.

Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma) berjumlah RM89.2 juta yang dilancarkan pada 5 Februari lepas juga akan membantu penggiat seni dalam penghasilan karya dan merancakkan kembali industri kreatif yang terjejas akibat Covid-19, katanya.

Saifuddin berkata, ia bakal memanfaatkan lebih 9,000 penggiat seni di samping mewujudkan lebih 40,000 peluang pekerjaan.

Beliau turut berharap industri kreatif akan menjadi salah satu daripada sektor pertumbuhan penting dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) 2021-2025.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: