KKMM sedang siapkan Kertas Kabinet berkaitan undang-undang antibuli siber.

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang menyiapkan Kertas Kabinet berkaitan undang-undang antibuli siber.

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata, walaupun Malaysia mempunyai undang-undang lain berkaitan keselamatan siber, namun negara belum mempunyai undang-undang khusus bagi menangani isu buli siber.

Berbanding negara jiran beliau berkata, negara jiran seperti Singapura dan Filipina sudah menguatkuasakan undang-undang antibuli siber.

“Kita seharusnya bersiap sedia (dengan undang-undang) kerana keadaan boleh menjadi lebih teruk,” katanya dalam sidang akhbar khas sempena ‘Setahun Malaysia Prihatin’ dan setahun pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tahun lepas, dilaporkan seorang remaja perempuan dari Pulau Pinang bertindak membunuh diri setelah ‘teman lelakinya’ mengancam untuk memuat naik gambar peribadinya ke platform media sosial.

Saifuddin berkata, kaji selidik yang dilakukan Universiti Multimedia (MMU) menunjukkan kira-kira 85 peratus responden menyatakan bahawa perlunya satu undang-undang khusus bagi membendung kes-kes antibuli siber.

“Definisi kesalahan jenayah buli siber masih belum ditetapkan, jadi kita harus menyiapkan satu draf,” katanya menambahkan terdapat sebilangan besar orang tidak tahu di mana untuk melaporkan kejadian buli siber.

Mengenai pindaan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244), Saifuddin berkata, proses berkenaan telah dimulakan untuk membolehkan akta itu selari dengan kehendak semasa.

“Pada dasarnya, ini (pindaan) bukan tentang pengendalian, ini lebih kepada memudahkan,” katanya sambil menambah bahawa KKMM juga sedang mempertimbangkan untuk menggubal Akta Perbadanan Muzik untuk memudah cara dan melindungi industri muzik tanah air.

Saifuddin sebelum ini dilaporkan berkata pindaan Akta 244 akan melibatkan beberapa perkara utama iaitu kedudukan pengguna media sosial yang mengeluarkan bahan yang dikongsikan dalam platform tersebut, penambahbaikan peraturan sedia ada dan memberikan definisi baharu terhadap definisi sedia ada dalam Akta 244.

Katanya, akta itu juga perlu dipinda kerana ketika ia diluluskan di Parlimen pada 1981, teknologi pada pada masa itu tiada langsung media sosial seperti Tik Tok dan YouTube. _Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: