Banjir Pahang: Menteri KKMM beri sumbangan perabot dan perkakasan SMK Benta

9 Mac, BENTA: Jelajah Malaysia Prihatin singgah ke Benta hari ini, salah satu pekan utama di Daerah Lipis yang dilanda bencana banjir besar beberapa bulan lepas.

Kesan akibat bencana itu telah merosakkan sebahagian besar petempatan dan kemudahan utama di pekan tersebut termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Benta yang ditenggalami air banjir.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’Saifuddin Abdullah telah turun melawat dan melihat sendiri kesan kerosakan yang dialami oleh sekolah ini. Turut serta dalam lawatan adalah Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lipis, Encik Amin Nollah bin Latif.

“Kami para guru terpaksa bersila di lantai.” seloroh salah seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Benta ketika Dato Saifuddin Abdullah melawat sekolah tersebut yang rosak teruk akibat banjir besar lepas.

Akibat bencana ini, 90 peratus sekolah ini tenggelam menyebabkan banyak perabot kembang, lantai pecah dan kerosakan sistem elektrik.

Manakala bumbung kantin sekolah tersebut pecah akibat balak hanyut manakala seluruh perabot dan perkakasan pejabat di bilik guru rosak teruk.

Dato’ Saifuddin telah bersetuju untuk menyumbangkan perabot dan perkakasan sekolah yang lengkap.

Bantuan akan disampaikan dengan segera agar sekolah dapat dibaikpulih sebelum pembukaan sekolah pada 5 April nanti.

“Lepas ini para guru tidak perlu risau bersila di lantai.” seloroh Saifuddin pula kepada para guru yang akan memulakan sesi persekolahan pada 5 April ini. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: