Projek blok tambahan naiktaraf fasiliti Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah

9 Mac, KUALA PILAH: Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah akan lengkap memiliki fasiliti moden apabila blok tambahan yang bakal dibina siap nanti.

Projek blok tambahan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah, YB Dato’ Eddin Syazlee Shith dalam Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pecah Tanah Projek Blok Tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

Menurut Eddin (gambar), projek ini akan dijalankan secara reka dan bina serta tender terbuka pra kelayakan.

Bangunan tambahan yang akan dibina ini dengan kapasiti yang memuatkan 144 katil pesakit memiliki 6 tingkat. Bangunan utama mempunyai Jabatan Kecemasan dan Trauma, klinik pakar (orthopedic,ophtalmology, surgical), dewan bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai lagi.

Blok sokongan turut dibina yang mempunyai blok mekanikal dan elektrikal serta infrastruktur seperti tempat letak kereta, landskap dan lain-lain.

Projek yang bernilai RM 139,358,800.00 ini akan bermula 10 Mac 2021 dan dijangka siap pada 20 Ogos 2024 dengan tempoh kontrak 180 minggu.

Eddin juga mengingatkan pihak kontraktor Pembangunan Sujaman Sdn. Bhd (PSSB) agar melaksanakan projek blok tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) ini dengan menepati syarat-syarat kontrak dan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Projek ini adalah bukti keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional yang mahukan kualiti perkhidmatan kesihatan awam sentiasa terbaik.” kata Eddin.

“In sya Allah, perlaksanaan projek ini akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat Kuala Pilah terutamanya dapat menjimatkan masa dengan tidak lagi perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban kerana di HTAN sahaja sudah memiliki kepakaran dan fasiliti yang bertaraf moden.” tambah beliau lagi.

Turut hadir dalam majlis pecah tanah tersebut adalah YB Dato’ Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan 2. _PPI

Gambar: Page FB MP Kuala Pilah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: