Saifuddin ziarah tapak bersejarah Tok Mengkarak

10 Mac, BERA: Ibarat sirih pulang ke gagang, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah telah menziarahi tapak bersejarah Makam Tok Mengkarak di Kampung Mengkarak, Bera sebelum meneruskan Jelajah Malaysia Prihatin Negeri Pahang ke Daerah Bera.

Kampung Mengkarak juga adalah kampung asal arwah datuk beliau.

Saifuddin turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Tahfiz Pondok Masjid Tok Mengkarak.

Makam Tok Mengkarak merupakan tapak bersejarah yang penting di kawasan tersebut. Tok Mengkarak atau nama sebenarnya Imam Nur Qadim bin Dzul Bayan adalah tokoh ulama sufi yang telah membuka Kampung Mengkarak.

Mengikut catatan sejarah kajian oleh Dr Aminudin Mansor dan Datuk Dr Munir Yaakob, Tok Mengkarak ialah Imam Nur Al Qadim anak kepada Imam Nur Al Bayan datang empat beradik ke Semenajung Tanah Melayu dari Tanah Minang.

Beliau membuka satu tempat dengan nama Kampung Mengkarak, mengambil sempena nama tempat asalnya iaitu Danau Singkarak (yang katanya dari segi geografinya seakan-akan serupa dengan kampung asalnya).

Tok Mengkarak juga mempunyai pertalian dengan seorang lagi ulamak terkenal Pahang Tuk Shahbudin bin Zainal Abidin (1650-1700) yang meneroka Kampung Berhala Gantang.

Lokasi penempatan yang dibuka oleh Tok Mengkarak itu ialah di muara Sungai Mengkarak yang bertemu dengan Sungai Pahang, betul-betul terletak di tanjung Sungai Pahang yang paling selatan (jika merujuk peta negeri Pahang) dan keunikan ini menjadikan aliran Sungai Pahang seperti berbentuk huruf U. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: