Setahun Saifuddin Abdullah terajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

10 Mac, TEMERLOH: Hari ini, genap setahun Dato’ Saifuddin Abdullah menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Ketika ditanya mengenai cabaran setahun menerajui KKMM, beliau menjawab, “masalah capaian internet dan COVID-19 merupakan cabaran utama sepanjang saya menerajui KKMM”.

Kita sudah sedia maklum, bahawa wabak COVID-19 telah mengubah norma kehidupan seluruh masyarakat dunia.

Antara perubahan ketara adalah peningkatan tahap kebergantungan masyarakat kepada komunikasi digital bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Sebagai kerajaan yang berfungsi dan prihatin, kami (kerajaan) sedar keperluan untuk menyeimbangkan antara hidup dan kelangsungan hidup”, ujar beliau lagi dalam satu sidang media selepas memberi taklimat dalam program Malaysia Prihatin di Temerloh, petang tadi.

“Bagi meningkatkan keberkesanan kerajaan prihatin ini, setidaknya ada lima perkara yang telah berjaya dilaksanakan KKMM”,

“Antara perkara utama yang berjaya dilaksanakan ialah mewujudkan Pelan Jalinan Negara (JENDELA) yang berperanan meningkatkan tahap kesalinghubungaan digital di seluruh negara”,

“Malahan, kami telah mempercepatkan pelaksanaan 5G untuk mencapai aspirasi MyDigital menjelang 2030”.

Bagi ekonomi digital pula, kerajaan telah meningkatkan program e-dagang seperti Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS), Program eRezeki dan Global Online Workforce (GLOW).

Kerajaan juga telah melaksanakan inisiatif Pakej Ransangan Ekonomi Kreatif Malaysia (PRISMA) yang telah memberi manfaat kepada lebih 9000 penggiat industri kreatif dan mewujudkan lebih 40,000 peluang pekerjaan.

Selain itu, antara pencapaian terbesar KKMM ialah berjaya menyelesaikan masalah tenaga kerja tambahan RTM (piecemeal) yang tidak ditangani sejak 1980-an lagi.

Setakat hari ini, seramai 397 anggota piecemeal diberi pembelaan dengan melantil mereka secara Contract of Service (CoS). _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: