PKR-Umno senada desak PRU15 segera diadakan

Jika mengikut perspektif pemikiran rakyat biasa, keadaan politik semasa negara telah digambarkan kepada mereka tidak stabil dan banyak permainan politik terjadi. Itu hal yang disogok oleh beberapa parti bukan kerajaan seperti PKR dan PAN termasuk Pejuang.

Jangan terkejut kerana ada segelintir politikus Umno senada kepada naratif blok pembangkang. Kelompok segelintir ini dikenali sebagai Kluster Mahkamah iaitu politikus kanan Umno yang telah dijatuhi hukuman dalam usaha merayu, yang sedang menghadapi pendakwaan mahkamah dan sebahagian lagi masih dalam proses didakwa.

Kluster Mahkamah Umno ini yang paling kaget apabila kerajaan semasa Perikatan Nasional tidak mahu campurtangan hal kehakiman sebagaimana amalan pemerintahan era Barisan Nasional dulu. Mereka ini sangat kecewa, tertekan dan terdesak untuk menggunakan ruang politik sedia ada bagi menyelamatkan diri.

Maka tidak pelik lagi hairan, politikus Umno Kluster Mahkamah gigih menjalankan ‘gerakan muafakat politik’ dengan Pakatan Harapan secara sulit.

Sekali lagi Anwar dan konco-konco KUPAI PKR mendakwa bahawa Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional adalah ‘pemerintah minoriti’ yang dimomok sudah hilang sokongan majoriti mudah ahli-ahli Dewan Rakyat.

Cuba imbas kembali projek tukar kerajaan Anwar Ibrahim yang sangat popular 13 tahun dulu, Projek 16 September yang disebut bakal berlaku lompatan 30 MP BN keluar menyertai Pakatan Rakyat waktu itu. Mungkin Anwar sengaja buat-buat lupa ketika itu Pakatan Rakyat memenangi 82 kerusi parlimen. Itu termasuk hasil kemenangan PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008.

Sejumlah 30 MP BN jika keluar parti dan menyertai Pakatan Rakyat, akan membentuk angka 112 (30+82). Kesimpulannya Projek 16 September akan berjaya dengan jumlah majoriti mudah bagi menumbangkan Barisan Nasional melalui langkah ini.

Projek 16 September secara asas bermatlamat menukar kerajaan dengan angka majoriti mudah 112 MP. Jika difikirkan secara logik, apa masalahnya Perikatan Nasional hanya berdiri dengan majoriti mudah berbanding jumlah blok pembangkang?

Secara prinsip demokrasi, Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti dengan kedudukan semasa 111 MP di blok kerajaan. Itu pun ada dua kekosongan kerana kematian wakil rakyat Batu Sapi (Warisan) dan Gerik (BN).

Umno melalui Zahid Hamidi, Najib Razak, Ahmad Maslan, Tajuddin Rahman, Nazri Aziz dan Tengku Razaleigh paling ketara menyuarakan hal menyegerakan Pilihanraya Umum Ke-15 diadakan bagi menekan kedudukan Muhyiddin dan Perikatan Nasional.

PKR melalui Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan kanan parti itu turut menyuarakan hal serupa. Malah baru-baru ini pun, Anwar telah menyebut bahawa PKR dan PH sedang mempersiapkan jentera bagi menghadapi PRU-15. Mereka menjangkakan pilihanraya umum bakal dilangsungkan selepas Aidilfitri 2021.

Sudah dibayangkan naratif baru bahawa ‘sebuah gagasan baru’ bakal dibentuk bagi melawan Perikatan Nasional. Secara peribadi, Anwar sebenarnya sangat terpukul dengan gerakan Azmin Ali yang mendahului beliau. Boleh dibayangkan sejak 2008 hingga sebelum PRU-14, Anwar sudah merancang strategi menumbangkan Barisan Nasional tetapi Azmin Ali yang memenangi gerakan. Dua gerakan politik yang meletakkan Azmin sebagai strategis politik dinamik iaitu Langkah Kajang yang menyebabkan Anwar dipenjarakan semula, kemudian Azmin diangkat sebagai MB Selangor. Selepas itu, Langkah Sheraton yang licik menumbangkan Pakatan Harapan, seterusnya muncul Perikatan Nasional menduduki puncak kuasa pemerintahan.

Beza Anwar dan Azmin sudah nampak jelas. Anwar kegemarannya adalah politik gebang iaitu suka mengumumkan sesuatu tetapi tidak pernah berhasil manakala Azmin dalam diam dan senyap tiba-tiba muncul memenangi gerakan seterusnya mendominasi kedudukan.

Oleh kerana itu betapa pentingnya desakan politik buat Anwar dan Kluster Mahkamah Umno untuk PRU15 segera diadakan. Ini nyawa dan harapan politik mereka. Corak politik Muhyiddin dan Azmin yang terlalu tenang serta diam tanpa gebang sebenarnya mencetuskan kegusaran kepada pesaing-pesaing politik.

Atas sebab itu jugalah pelbagai spekulasi timbul dengan memomokkan situasi Muhyiddin itu sebagai lembab, tidak berkeupayaan memimpin dan tiada sokongan majoriti. Manakala Azmin pula terus digambarkan sebagai pengkhianat dan tidak kaliber.

Tetapi dari suatu sudut lain, Muhyiddin dan Azmin bukan politikus tolol atau ‘lembu dicucuk hidung’. Mereka sedar hakikat politik yang berlaku dan sudah pasti ada perancangan strategik menanggani cabaran-cabaran.

Umno sendiri sudah berpecah belah dek gelagat politik Kluster Mahkamah yang sendiri menjahanamkan keyakinan ahli-ahli akar umbi. ‘They are not stronger than before’, ungkapan yang dilontarkan oleh seorang mantan pimpinan kanan Umno. Kekuatan Umno sudah meluntur deras kesan ombakan politik PRU-14 lalu.

Hanya Kluster Mahkamah sahaja yang masih diulit mimpi lampau bahawa Umno masih gagah sebagaimana dahulu. Umno hanya ada pasak kuat di Pahang dan Perlis. Keagungan lampau Umno sudah pudar di kebanyakan negeri hatta di Sabah pun parti ini sudah hilang taring.

Seandainya gabungan Umno-PKR-PH itu terjadi, maka tiadalah maknanya Anwar memekik hal reformasi dan membangkitkan isu kronisme, neopotisme dan rasuah. Ia sekadar menjelaskan hiporkrasi politik seadanya. _SINIS POLITIK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: