Muzium Layang-layang pertama Malaysia bakal dinaiktaraf

14 Mac, PASIR GUDANG: Muzium Layang-layang Pasir Gudang yang merupakan muzium layang-layang pertama di negara ini bakal dinaiktaraf.

Hari ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah melakukan lawatan tapak bagi cadangan kerja-kerja menaiktaraf di Muzium Layang-layang Pasir Gudang yang turut disertai oleh wakil-wakil Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Cadangan menaiktaraf infra muzium tersebut melibatkan Rangka Wau, Astaka Diraja, Kincir Angin dan Pentas Tradisional.

“Dengan usaha menaiktaraf ini nanti, ia akan membantu sektor pelancongan di Pasir Gudang dan menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke muzium ini.” kata Zuraida.

Ia diiktiraf sebagai muzium layang-layang pertama di Malaysia, mempunyai koleksi lebih 500 layang-layang tempatan dan luar negara. Sejak dibuka pada Februari tahun 2002, ia turut memaparkan sejarah permainan tradisional rakyat.

Layang-layang yang ditempatkan di situ juga datang dari pelbagai negara seperti Jepun, China, Korea Selatan, Australia dan New Zealand. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: