Anwar amal politik pecah-belah, nepotisme dan kronisme punca wakil rakyat tinggalkan PKR

14 Mac, PUTRAJAYA: Pengisytiharan oleh tiga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Ahli Parlimen bebas untuk menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan langkah berani dan senada dengan aspirasi rakyat yang mahukan sebuah Kerajaan yang berfungsi sepenuhnya dan stabil, menurut Azmin Ali.

“Kami sebulat suara mengalu-alukan anjakan politik yang dinamik dilakukan oleh YB Larry Sng (Julau), YB Steven Choong (Tebrau) dan YB Dato’ Dr. Xavier Jayakumar (Kuala Langat).

“Ini merupakan perkembangan progresif yang terbit dari keyakinan mereka terhadap pengendalian Kerajaan Perikatan Nasional menangani pandemi COVID-19 dan langkah-langkah proaktif, tegas dan tepat untuk melaksanakan usaha mencerdaskan ekonomi dan memastikan pemulihan yang berterusan.” Kata Azmin melalui kenyataan media hari ini.

Menurut Azmin, keputusan mereka untuk meninggalkan PKR juga didorong oleh rasa kecewa yang mendalam terhadap kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang membawa amalan politik pecah-belah, nepotisme dan kronisme hingga menjerumuskan parti itu ke jurang kehancuran.

Azmin menempelak Saifuddin Nasution, Setiausaha Agong PKR, yang disifatkan begitu keras memimpin serangan ganas terhadap ketiga-tiga anggota Parlimen tersebut (Larry, Steven dan Xavier), tidak memiliki kedudukan moral untuk menjuarai hujah berhubung melompat parti. Ujar Azmin lagi, Saifuddin sendiri telah beberapa kali menjadi juara melompat dari UMNO ke PKR, kemudian dari PKR ke PAS dan seterusnya, dari PAS kembali ke PKR.

Menurut Azmin, jika nak dibandingkan dengan YB Dato’ Dr. Xavier merupakan Naib Presiden PKR yang terpilih, malah kedudukan Saifuddin dalam parti adalah lemah kerana hanya sebagai seorang yang dilantik. Saifuddin tidak mempunyai legitimasi dan keabsahan dan kita fahami dia bersuara bagi pihak Anwar dalam situasi begini.

Sekiranya Saifuddin jujur dan ikhlas tentang kedaulatan undang-undang dan perjuangan melawan rasuah, mengapa dia terus menerus diam membisu tentang kes rasuah yang melibatkan seorang tokoh ternama kepimpinan PH yang tiba-tiba digugurkan tatkala perbicaraan sedang berjalan lancar?

Azmin mempertahankan PN dan menganggap tuduhan bahawa PN menggunakan sogokan dan intimidasi untuk meraih sokongan Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan adalah tidak berasas sama sekali. Kata beliau lagi Ahli-Ahli Parlimen ini melakukan penilaian objektif dan menyedari bahawa Kerajaan PN telah mengambil tindakan yang bertanggungjawab dalam menangani wabak tersebut dengan menyalurkan sejumlah RM320 bilion untuk kepentingan rakyat dan mencerdaskan ekonomi.

“Tuduhan-tuduhan ini merupakan serangan terhadap integriti SPRM dan polis. Kami memandang serius tuduhan menghasut secara terang-terang ini yang boleh menjejaskan kredibiliti institusi penguatkuasaan dan meminta tindakan undang-undang segera terhadap mereka.” terang Azmin.

Para pemimpin dan anggota PKR harus merenungkan bukan hanya keputusan terbaru yang diambil oleh ketiga-tiga anggota Parlimen itu, tetapi isu yang lebih serius mengapa begitu ramai pemimpin tertinggi PKR dan anggota yang lama berkhidmat telah keluar parti.

PKR, di bawah pimpinan dan kerangka sekarang, tidak lagi mampu memperjuangkan prinsip keadilan dan kesejahteraan bagi rakyat. PKR telah tercabut dari prinsip dan tidak lagi berada di landasan moral untuk memimpin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: